Kita tentu pernah mendengar, kisah peniaga menggunakan plastik untuk merangupkan pisang goreng. Tapi sejauh mana kesahihannya, tidak ada yang tampil membuktikan.
Menerusi video di bawah, ternyata dakwaan ini ada asasnya. Meskipun video ini disiarkan di Indonesia, tak mustahil perkara sama dilakukan peniaga tak bertanggung jawab di negara ini. Maklumlah, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Daripada video dapat dirumuskan, plastik yang digunakan untuk menjadikan gorengan lebih rangup adalah plastik jernih.
Bak kata peniaga ayam goreng yang melakukan perkara ini, plastik jernih tidak membuatkan warna minyak dan rasa makanan yang digoreng berubah sekaligus mengelakkan perbuatan ini ‘kantoi’.
Tempoh makanan kekal rangup pula jadi luar biasa, antara satu hingga dua hari sedangkan kalau tak guna plastik, satu hari pun belum tentu boleh tahan kerangupannya.
Jika benar ada peniaga sanggup menggunakan cara ini untuk menjadikan makanan mereka lebih rangup, ia bermakna pengguna terdedah kepada kesan berbahaya pada kesihatan termasuk kanser dan keracunan.
Itu belum masuk bab kebersihan plastik yang digunakan!
Harap-harap tak ada peniaga makanan tergamak buat begini dan kalau ada, bawa-bawalah bertaubat sebab ini dah kira kes nayakan orang demi mengejar keuntungan semata-mata. – REM RAMZI
0 komentar:
Posting Komentar