Batu Pahat: Ketika kandungan berusia empat bulan, Hamira Samsudin, 25, dimaklumkan doktor anaknya tidak normal.
Pada 3 Ogos lalu, Nur Imanina Jaferi dilahirkan dan kali ini, Hamira bukan hanya menangis kerana bersyukur, malah turut sedih kerana anak keduanya itu bukan saja tidak mempunyai lubang dubur, malah buta kedua-dua mata selain otaknya berada di luar tempurung kepala.
“Hiba hati saya sebaik melihat keadaan Nur Imanina, ia cukup menyedihkan,” kata Hamira ketika mengimbau saat pertama dia menatap wajah anaknya.
Menurut Hamira yang tinggal di Parit Samijan, Parit Raja, di sini, walaupun Nur Imanina dalam keadaan tidak sempurna, tetapi bayi berkenaan tetap anugerah Tuhan kepada keluarganya.
HAMIRA memangku Nur Imanina di rumahnya di Parit Raja, semalam.
“Saya dan suami, Jaferi Isnin berusia 33 tahun menjaga Nur Imanina dengan teliti bagi memastikan penderitaannya tidak bertambah.
0 komentar:
Posting Komentar